Kurma

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera
Cara makan ada yang di masak atau yang mentah.
Kebanyakan kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.

Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka,  malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari.
Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak,
kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya :
“Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita dari Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapaknya meriwayatkan, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’  dia akan terhindar dari syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut  di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis  kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang  menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya :
“Dan goncangkan batang kurma itu,nanti ia gugurkan kurma yang masak.”
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya
sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahwa perobatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perobatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab saja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perobatan yang diiktiraf oleh dunia antara bangsa. Malah ia lebih baik daripada obat-obatan modern yang menggunakan berbagai campuran bahan yang bisa mengakibatkan efek samping yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi untuk membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat membantu memperbanyak kandungan susu. Iainnya juga berperan dalam pertumbuhan anak-anak, pembentukan darah dan sumsum tulang.

Dalam uji coba membuktikan bahwa kurma adalah makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji
buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla
berbuka dengan kurma  dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Dari Adiy bin Hatim,
ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam”
bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun ”
(dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, walaupun dengan hanya kita bersedekah  sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan  kesehatan mereka agar sentiasa dapat terjaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai
salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulai tugas.
Khasiat kurma juga sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang rutin,
kita terhindar dari berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadahkepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Tinggalkan komentar